Monday, February 23, 2015

Resepi: Chocolate Lava Cake



Bahan-bahan ( 3-4 biji  )

✔1 cawan dark chocolate yg dicincang
✔6 sudu besar mentega yg dah dicairkan
✔2 biji telur
✔3 sudu besar gula halus
✔3 sudu besar tepung gandum (diayak)
✔1 sudu besar serbuk koko (diayak)
✔Secubit garam

Cara-cara:

⭕Panaskan oven pada 160 celcius.

⭕Cairkan coklat dgn mentega. Boleh guna oven atau cara Bain Marie. Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan.

⭕Pukul telur dengan gula selama 3 minit. Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi. Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.

⭕Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus.Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit.

⭕Keluarkan dan masukkan dalam oven selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit.Keluarkan dan biarkan selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan.

⭕Hidangkan dgn Whipping Cream, Vanilla Ice Cream dan slice of strawberries. Taburkan sedikit icing sugar atas kek.  (gmbr di atas sebagai hiasan)

***Nota: kesedapan kek bergantung pada quality coklat yg digunakan.  Boleh guna coklat kegemaran masing².

Sunday, February 22, 2015

Resepi : A P A M B A L I K



Resepi: Apam Balik

💋2 cawan tepung gandum
💋½ cawan gula pasir
💋1 sudu teh soda bicarbonate
💋1 sudu teh baking powder
💋1 biji telur
💋1 ½ cawan air
💋2 sudu besar susu tepung
💋Sedikit pewarna kuning jika suka
💋Blenderkan semua bahan di atas sampai sebati
💋Perapkan selama sejam

💋Inti: (ikut suka nk tambah apa)
✔Kacang tanah yang sudah di kisar
✔Jagung dlm tin
✔Mentega
✔Gula pasir
✔Chocolate Rice / Colourful
✔Cheese slice

Selamat Mencuba!!!

Monday, March 5, 2012

Agar² Colourful Resepi Nendaku

Bahan;Bahan:
- Sepeket Agar²
- Air
- Gula
- Daun Pandan (bg wangi)
- Pelbagai perwarna

Saturday, March 3, 2012

Kek Gula Hangus Cik Fara



Bahan²nya:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cwan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega


cara²nya:

1) masak gula dengan api sederhana hingga hangus. ala-ala macam nak buat caramel. apabila gula dah cair, masukkan 1 cawan air dan masak lagi. kacau selalu supaya gula tak melekat. kemudian masukkan mentega dalam cairan gula tersebut. sejukkan cairan gula hangus ni dan ketepikan dahulu.
2) pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat. tipsnya, bila dah berbuih dan terasa telur tu macam ringan je, maknanya dah kembang lah tu.
3) masukkan susu pekat dalam adunan telur tadi. pukul sekali lagi hingga sebati. kemudian masukkan tepung + soda bikarbonat. pukul lagi hingga betul-betul sebati.
4) masukkan cairan gula hangus yang dah sejuk tadi ke dalam adunan. pukul hingga sebati dan adunan akan berubah warna keperangan. kemudian boleh terus masukkan dalam loyang. kalau loyang 4 segi lagi cantik. hehehe. lepas tu perap adunan lebih kurang 3-4 jam untuk wujudkan sarang dalam kek tu nanti.
5) lepas dah perap tu, bakar dengan api yang sederhana 160-180 darjah celcius selama 1 jam. kalau nak tau kek dah masak ke belum, try cucuk dengan garfu or pisau. kalau bersih je maknanya kek sudah masak.





Resepi: Pancake


Resepi Pancake

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang.


Selamat Mencoba!!! 


Apam Polka Dot / Colourful


Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder (diayak sekali)
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry , strawberry, kaya or ape2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa


cara -caranya:

- pukul telur putih sampai kembang
- kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
- pastu masukkan gula-pukul sampai kembang lagi.
- masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (kacau dengan senduk)
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
- masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
- picit adunan ke dalam mangkuk kertas
- letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
- picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
- kukus 10-15 minit.